Kidos Little World
Preschool... Play learn and grow together..
Thursday, 1 June 2017
GGGE6543 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
PROFORMA KURSUS
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN UKM
PENSYARAH : MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
Kursus ini memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengurusan pendidikan. Selain itu kursus ini dirancang dan dilaksanakan agar dapat membantu pelajar menguasai kemahiran perpustakaan dan kemahiran maklumat yang merupakan komponen asas kepada budaya belajar sepanjang hayat.
The course provides knowledge, skills and experiences to students on the applications of the latest information and communication technology in teaching and learning, research and education management. The course is also designed and implemented to assist students master the information retrieval skills which is one of the basic components in the lifelong learning concept
Monday, 29 May 2017
PERJUANGAN SENAMROBIK PRASEKOLAH
Assalam…
Yang nie Cgu Pra Sebelah & PPM
Hi kekawan t'cher..alhmdllh, hari nie ramadhan 4.
Hari ke-4 juga berada di UKM.
Alhmdulillah…
Masih diberi kesempatan menghirup udara pinjaman Yang Esa.
Hari nie nak throwback kejayaan Prasekolah SKAT tempoh hari.
Alhamdullah kelas t'cher Ann Johan Senamrobik Prasekolah Peringkat Daerah Kuala Pilah.
Yeayyy!!!
Makanya, perjuangan belum selesai...8 Julai nanti akan ke peringkat negeri di Seremban.
Dan gigihlah t'cher Ann bersama anak2 berlatih bulan puasa nie. Alhmdllh jugak ada bantuan Cgu Ita JU Senamrobik Kebangsaan. Mudah2an anak2 diberi kekuatan untuk berlatih dan memberi yang terbaik. Doakan anak2 t'cer Ann menang k. Aminnn..
Jom layan pic dan video.
Sorry, nie bukan vid. senamrobik anak2 t'cher tapi, Johan Senamrobik peringkat negeri Melaka tahun 2015 tapi sangat best dan sangat enjoy..rasa macm nak ikut berobik jugak.
Pic bersama GB dan hakim.
Pic bersama parents yang sporting.
Sunday, 28 May 2017
KSPK VS DSKP
Ramai guru-guru pra yg confuse DSKP dan KSPK kan.
Nah..sila hadam ok..
hihi..
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
yang dilaksanakan pada tahun 2010 telah disemak semula bagi memenuhi tuntutan
dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
dan keperluan semasa. Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti
kurikulum yang dilaksanakan di prasekolah setanding dengan standard
antarabangsa.
Kurikulum berasaskan standard yang diterjemahkan
dalam KSPK 2017 mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Pentaksiran. Dokumen kurikulum ini dinamakan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). DSKP yang dihasilkan telah menyepadukan enam
tunjang dalam kerangka KSPK 2017 iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap
dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi;
dan Keterampilan Diri.
KSPK 2017 mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 termasuk
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Usaha memasukkan Standard Pentaksiran dalam dokumen
kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan
dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusi Standard
Pentaksiran, murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti tahap
penguasaannya dalam sesuatu ilmu, kemahiran dan nilai, serta membolehkan guru
membuat tindakan susulan bagi mempertingkat pencapaian murid.
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam penggubalan KSPK 2017. Semoga pelaksanaan KSPK 2017 mencapai
hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Sunday, 9 April 2017
PENDAFTARAN PRASEKOLAH KPM 2018
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH TAHUN 2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Syarat kemasukan
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
b. Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).
b. Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).
c. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
d. Bagi murid prasekolah pendidikan khas :
i. Mestilah disertakan dengan Borang Pengesahan daripadap engamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.
ii. Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD.
ii. Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD.
Kaedah permohonan
a. Secara dalam talian
i. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
ii. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April 2017.
iii. Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017.
iv. Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang (https://eprasekolah.moe.gov.my) sebagai panduan.
b. Secara manual
i. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.
ii. Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
iii. Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon.
iv. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
Bagi pendaftaran lewat selepas 31 Mei, tuan/puan boleh memuat turun borang pada link yang diberikan dibawah. Tetapi perlu ingat, borang hanya akan diproses selepas 2/1/2018.
BORANG PENDAFTARAN PRASEKOLAH LEWAT SELEPAS 31 MEI 2017
B

Subscribe to:
Posts (Atom)