Sunday 9 April 2017

PENDAFTARAN PRASEKOLAH KPM 2018






PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH TAHUN 2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Syarat kemasukan
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
b. Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).
c. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
d. Bagi murid prasekolah pendidikan khas :
      i. Mestilah disertakan dengan Borang Pengesahan daripadap engamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.
ii.    Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD.


Kaedah permohonan
a.    Secara dalam talian
i.    Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
ii.    Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April 2017.
iii.    Ibu bapa/penjaga  yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017.
iv.    Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang (https://eprasekolah.moe.gov.my) sebagai panduan.

b.    Secara manual
i.    Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.
ii.    Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
iii.    Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon.
iv.    Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.



Bagi pendaftaran lewat selepas 31 Mei, tuan/puan boleh memuat turun borang pada link yang diberikan dibawah. Tetapi perlu ingat, borang hanya akan diproses selepas 2/1/2018.


BORANG PENDAFTARAN PRASEKOLAH LEWAT SELEPAS 31 MEI 2017
B