Sunday 28 May 2017

KSPK VS DSKP

Ramai guru-guru pra yg confuse DSKP dan KSPK kan.
Nah..sila hadam ok..
hihi..


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan pada tahun 2010 telah disemak semula bagi memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan semasa. Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di prasekolah setanding dengan standard antarabangsa.
Kurikulum berasaskan standard yang diterjemahkan dalam KSPK 2017 mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Pentaksiran. Dokumen kurikulum ini dinamakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). DSKP yang dihasilkan telah menyepadukan enam tunjang dalam kerangka KSPK 2017 iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri.
KSPK 2017 mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 termasuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Usaha memasukkan Standard Pentaksiran dalam dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusi Standard Pentaksiran, murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu ilmu, kemahiran dan nilai, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkat pencapaian murid.
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSPK 2017. Semoga pelaksanaan KSPK 2017 mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
Pengarah
 Bahagian Pembangunan Kurikulum

1 comment:

  1. Hi Saya masih tak faham apa difference between KSPK dan DSKP. Boleh terangkan lagi?

    ReplyDelete